Thursday, November 25, 2010

Sedikit Serius

Salam rindu kepada pembaca2 blog Cik Wanie,
Maaf la sebab dah lama tak update (walaupun korg tak tunggu nak baca tp Cik Wanie yg tak sabar2 nak tulis, hehehe) kesibukan menggalas tugas sbbg full-time student membuatkan masa Cik Wanie terhad utk mengupdate blog selalu. Maklum la final exam hampar menjelma akhir Otktober ini. Banyak project paper dan test yg perlu diselesaikan J
Entry Cik Wanie pd ari ni berkait rapat tentang rutin harian sbg pelajar. Apa yg berlaku disekeliling diri selama ni menyebabakan Cik Wanie ingin berkongsi cerita dgn korg2 semua. Niat di hati sekadar nak mengingatkan diri Cik Wanie dan semua yg membaca bahawa perubahan diri sgt diperlukan utk menjamin kejayaan kita dimasa hadapan. Bukan bermakna Cik Wanie dah cukup Berjaya sekarang tapi sama2 kita meningkatkan usaha utk mencapai cita2 kita.
Harapan ibubapa sentiasa menjadi tanggungjawab rasmi dlm hidup kita. Mereka selalu mahukan kita Berjaya dlm hidup tak kira la dlm bidang apa sekali pun. Teringat Cik Wanie bila abah pesan..
“Abah nak anak2 abah belajar pandai2 bukan maksud abah nak bangga kat org lain anak2 abah masuk U tapi abah sgt bersyukur pd Allah SWT sebab satu ari nanti anak2 abah boleh berusha sendiri utntuk teruskan hidup tanpa bergantung pd org lain”
Bergenang air mata Cik Wanie mendengar kata2 abah pd pagi tu. Cik Wanie ni memang sgt la lemah bila abah Cik Wanie bg talk2 mcm ni. Hehehe nak nangis ja tau.
 Mak Cik Wanie pun selalu pesan..
“Baik buruk anak2 mak, mak saja yg tau. Apa yg ada di ati hampa, mak ja yang tau sebab mak yg lahirkan hampa. Biar la org lain nak kata, mak tau anak2 mak mcm mana”
Sekali lagi air mata Cik Wanie mengalir. Sebak.
Cik Wanie byk belajar drp pengalaman lepas. Semakin ari semakin matang. CIk Wanie byk buang masa dulu hinggakan pelajaran CIk Wanie hampir tewas dlm perjuangan menuntut ilmu. Tapi Allah SWT memberikan peluang kedua pd Cik Wanie, ijazah. Cik Wanie belajar bertatih semula drp bawah. Sgt susah pd mulanya kerana hidup CIk Wanie selama ini hanya bergantung kpd org lain. CIk Wanie hampir putus asa. Menangis teresak-esak di riba mak sebab susah nak biasakan belajar sorg2. Hehe
Hinggakan Cik Wanie tekad, bersertakan dgn semangat yg tidak putus dr sorg teman (beliau sgt pandai dlm pelajaran, byk bg semangat kat CIk Wanie), doa abah dan mak yg tak pernah putus, Cik  Wanie bangun. Berhadapan dgn dunia sebenar. Pengalaman yg lalu harus dijadikan semangat bukan melemahkan semangat.
Belajar di U bukan la sesenang yg disangka. Pengurusan masa amat la penting dlm setiap urusan yg kita lakukan. Anda juga perlukan ‘X’ factor yg boleh membezakan diri anda dgn student lain. Jangan tangguh2kan kerja anda. Selesaikan dgn cepat mungkin kerana bila and dah overdue, tak ada sapa akan ingatkan anda. Jadi, diri anda la akan berhadapan dgn situasi sgt rumit.
Time korg main, main betol2. Time korg stady, stady betol. Perlu serius dgn stiap apa yg korg buat ok? Skali skala perlula skema dlm hidpu tp bukannya skema tak bertempat.hehehe
Cik Wanie sedih bila tengok kawan2 Cik Wanie yg tidak pernak ada perkata serius dlm hidup mereka. Keja nak senang tp nk high marks. Akibatnya, buat toyol la time test. Memang senang tp cuba la korg pk blk, final nak stady jugak. Tak ke mana pun...jd double keja korg kena buat. Test yg 4,5 chapter korg tak bole nak cover, ni kan 10,12 chapter utk final. Bukan  kata CIk Wanie hebat sgt tp Cuma kurang setuju dgn cara yg korg buat. Tak ada berkat. Sia-sia stady. Tepuk dada Tanya la selera. Hmm..
Graduate melayu kurang kualiti. Itulah tajuk keratan akhbar yg kerap kita semua baca akibat drp tindakan anda sekarang ni. Memang la dpt grade tp apa yg sebenarnya anda bwk selain drp sekeping kertas bercetak transkrip ijazah? Nothing. Mcm mana nak maju? Fikir2kan ye.
Entry Cik Wanie kali ni memang sgt serius kerana CIk Wanie nak sgt ajak korg2 ni, buka mata, buka ati dan fikir di mana anda berada skang ni. Melayu dah tak ada apa2 lagi jika kita sendiri tak mahu berubah, jangan terlalu banggakan dgn pencapaian bangsa kita skrang ni kerana ini bukan usaha kita tp usaha org lain! Anda juga jgn terkejut apabial satu ari nanti Melayu hanya tinggal pd nama semata2 tp bangsanya sudah tiada. Ini sumua tak mustahil.
Sampai bila nak hidup dgn bantuan kerajaan? Ye, bantuan itu perlu bila kita dlm kesusahan tp gunakan bantuan tu utk berjya dlm hidup dan bukannya mengharapkan bantuan terus-terusan. Perlu ada usaha dan sikap yg rajin utk Berjaya dlm hidup. Akhir kata, korg renung2kan la sendiri. Tak ada sapa paksa korg supaya berubah. Maaf kalau entry kali ini ada buatkan sesapa marah or terasa ati. Tak ada maksud apa, sekadar mahu berkongsi pengalaman.
Wassalam.
 

2 comments:

  1. wahhhh.. sangat seriusssssssssss disitu.. stars to the entry =)

    ReplyDelete
  2. sekadar memberi pendapat hehe tq!

    ReplyDelete