Thursday, November 25, 2010

Sedikit Serius

Salam rindu kepada pembaca2 blog Cik Wanie,
Maaf la sebab dah lama tak update (walaupun korg tak tunggu nak baca tp Cik Wanie yg tak sabar2 nak tulis, hehehe) kesibukan menggalas tugas sbbg full-time student membuatkan masa Cik Wanie terhad utk mengupdate blog selalu. Maklum la final exam hampar menjelma akhir Otktober ini. Banyak project paper dan test yg perlu diselesaikan J
Entry Cik Wanie pd ari ni berkait rapat tentang rutin harian sbg pelajar. Apa yg berlaku disekeliling diri selama ni menyebabakan Cik Wanie ingin berkongsi cerita dgn korg2 semua. Niat di hati sekadar nak mengingatkan diri Cik Wanie dan semua yg membaca bahawa perubahan diri sgt diperlukan utk menjamin kejayaan kita dimasa hadapan. Bukan bermakna Cik Wanie dah cukup Berjaya sekarang tapi sama2 kita meningkatkan usaha utk mencapai cita2 kita.
Harapan ibubapa sentiasa menjadi tanggungjawab rasmi dlm hidup kita. Mereka selalu mahukan kita Berjaya dlm hidup tak kira la dlm bidang apa sekali pun. Teringat Cik Wanie bila abah pesan..
“Abah nak anak2 abah belajar pandai2 bukan maksud abah nak bangga kat org lain anak2 abah masuk U tapi abah sgt bersyukur pd Allah SWT sebab satu ari nanti anak2 abah boleh berusha sendiri utntuk teruskan hidup tanpa bergantung pd org lain”
Bergenang air mata Cik Wanie mendengar kata2 abah pd pagi tu. Cik Wanie ni memang sgt la lemah bila abah Cik Wanie bg talk2 mcm ni. Hehehe nak nangis ja tau.
 Mak Cik Wanie pun selalu pesan..
“Baik buruk anak2 mak, mak saja yg tau. Apa yg ada di ati hampa, mak ja yang tau sebab mak yg lahirkan hampa. Biar la org lain nak kata, mak tau anak2 mak mcm mana”
Sekali lagi air mata Cik Wanie mengalir. Sebak.
Cik Wanie byk belajar drp pengalaman lepas. Semakin ari semakin matang. CIk Wanie byk buang masa dulu hinggakan pelajaran CIk Wanie hampir tewas dlm perjuangan menuntut ilmu. Tapi Allah SWT memberikan peluang kedua pd Cik Wanie, ijazah. Cik Wanie belajar bertatih semula drp bawah. Sgt susah pd mulanya kerana hidup CIk Wanie selama ini hanya bergantung kpd org lain. CIk Wanie hampir putus asa. Menangis teresak-esak di riba mak sebab susah nak biasakan belajar sorg2. Hehe
Hinggakan Cik Wanie tekad, bersertakan dgn semangat yg tidak putus dr sorg teman (beliau sgt pandai dlm pelajaran, byk bg semangat kat CIk Wanie), doa abah dan mak yg tak pernah putus, Cik  Wanie bangun. Berhadapan dgn dunia sebenar. Pengalaman yg lalu harus dijadikan semangat bukan melemahkan semangat.
Belajar di U bukan la sesenang yg disangka. Pengurusan masa amat la penting dlm setiap urusan yg kita lakukan. Anda juga perlukan ‘X’ factor yg boleh membezakan diri anda dgn student lain. Jangan tangguh2kan kerja anda. Selesaikan dgn cepat mungkin kerana bila and dah overdue, tak ada sapa akan ingatkan anda. Jadi, diri anda la akan berhadapan dgn situasi sgt rumit.
Time korg main, main betol2. Time korg stady, stady betol. Perlu serius dgn stiap apa yg korg buat ok? Skali skala perlula skema dlm hidpu tp bukannya skema tak bertempat.hehehe
Cik Wanie sedih bila tengok kawan2 Cik Wanie yg tidak pernak ada perkata serius dlm hidup mereka. Keja nak senang tp nk high marks. Akibatnya, buat toyol la time test. Memang senang tp cuba la korg pk blk, final nak stady jugak. Tak ke mana pun...jd double keja korg kena buat. Test yg 4,5 chapter korg tak bole nak cover, ni kan 10,12 chapter utk final. Bukan  kata CIk Wanie hebat sgt tp Cuma kurang setuju dgn cara yg korg buat. Tak ada berkat. Sia-sia stady. Tepuk dada Tanya la selera. Hmm..
Graduate melayu kurang kualiti. Itulah tajuk keratan akhbar yg kerap kita semua baca akibat drp tindakan anda sekarang ni. Memang la dpt grade tp apa yg sebenarnya anda bwk selain drp sekeping kertas bercetak transkrip ijazah? Nothing. Mcm mana nak maju? Fikir2kan ye.
Entry Cik Wanie kali ni memang sgt serius kerana CIk Wanie nak sgt ajak korg2 ni, buka mata, buka ati dan fikir di mana anda berada skang ni. Melayu dah tak ada apa2 lagi jika kita sendiri tak mahu berubah, jangan terlalu banggakan dgn pencapaian bangsa kita skrang ni kerana ini bukan usaha kita tp usaha org lain! Anda juga jgn terkejut apabial satu ari nanti Melayu hanya tinggal pd nama semata2 tp bangsanya sudah tiada. Ini sumua tak mustahil.
Sampai bila nak hidup dgn bantuan kerajaan? Ye, bantuan itu perlu bila kita dlm kesusahan tp gunakan bantuan tu utk berjya dlm hidup dan bukannya mengharapkan bantuan terus-terusan. Perlu ada usaha dan sikap yg rajin utk Berjaya dlm hidup. Akhir kata, korg renung2kan la sendiri. Tak ada sapa paksa korg supaya berubah. Maaf kalau entry kali ini ada buatkan sesapa marah or terasa ati. Tak ada maksud apa, sekadar mahu berkongsi pengalaman.
Wassalam.
 

Baru Boleh Update

Tak tau la kenapa hampir sebulan blog Cik Wanie tak bole bukak. Menurut kata sorang kawan, blog Cik Wanie kena hacks. eishhhh... kejamnya org yg cuba hacks blog saye ni kan? apa la sangat yg ada kat blog saye ni encik hackers? mintak2 selapas ni jauhkan la amalan2 hackers ni dari blog saye dan semua followers saye. Amin..

Entry diatas Cik Wanie tulis hampir sebulan yg lalu, sebelum Cik Wanie dan rakan2 menghadapi final exam pada bulan Oktober 2010 :)

Saturday, October 2, 2010

Jual Bawang

Cik Wanie letih...dah lutut2 longgar :( kenapa? sebab Cik Wanie join Family Day BBA Marketing pagi tadi. lagi letih sebab team Cik Wanie kalah main acara tali tali (team lagi satu menang sbb Zul p tolong, tak adil!) hehehe tapi team Cik Wanie tetap menang tempat pertama dlm acara isi air dlm botol radix. hebat gitu kan? kan?? (senyum sorang2) dan team Cik Wanie jugak menang tempat ketiga acara cari gula2 dlm tepong gandum. hahahha adih nnt dorg janji nak bg time dinner week next.yeahhh! (alamak overheppy plakk)hahhaha

Dah heppy2 main macam2 event kat Family Day tadi, Cik Wanie rindu sgt nak balik zaman budak dulu. bestnya..hehehehe nak tau cerita zaman budak2 Cik Wanie? time budak2 dulu Cik Wanie sgt rapat ngn abg Cik Wanie yg diberi nama Abg Pit :) dimana ada Abg Pit disitu la ada Cik Wanie. makan skali, tido skali, main skali, pi skolah skali, pi ngaji skali, gadoh skali.hahahaha kembar ke??bukan la tapi Abg Pit ngn Cik Wanie beza setahun saja.

Abg Pit ni sgt kreatif dan bijak orgnya. dia la yg slalu buat keputusan bg Cik Wanie time budak2 dulu. dia pandai cari side income, dia jugak suka simpan duit. Cik Wanie apa cer?? hahaha ada satu pagi ni kat kantin skolah, Cik Wani dah abeskan RM1 duit blanja sarapan pagi. bila tiba time rehat pkul 10.30pg Cik Wanie lapar balik la(Cik Wanie memang suka makan)tapi duit dah abes. alamak, mcm mana ni?? Cik Wanie pun pi la cari Abg Pit, mintak duit. beliau hanya minum sirap ais 20sen dan bg 80sen kat Cik Wanie. baik tak Abg Pit??huhuhu time tu Cik Wanie tak ada rasa terharu ke sedih ke yg penting nak makannn jaaa..haahahahhaha

Berbalik pada tajuk entry Cik Wanie, Abg Pit nak jual bawang. beliau ajak la Cik Wanie join jadi asisstant jual bawang. modal dia kuar tapi untung bahagi separuh2. adil tak?? hahahhaa adik beradik punya pasal, Abg Pit pejam mata. Cik Wanie lagi la suka! :p

Kata Abg Pit, kita kena amik order dulu baru beli bawang sebab tak nak over order (cewahhh Abg Cik Wanie ni, ada strategy!) kami pun turun naik flat 4 tingkat (umah lama Cik Wanie) utk amik order. ketok2 pintu umah org dan tanya.

'nak order bawang besar tak?sekilo RM1 shj' ayat order.hahhahaha

Jadi misi pada petang itu adalah utk mencari stok bawang. kami pun pi ke kilang bawang dgn menaiki basikal bmx Abg Pit. dia kayuh, Cik Wani berdiri kat stand blakang (pehh, style gila, hahahha) utk pengetahuan korang, umah kami dulu terletak di kawasan perindustrian, jadi senang la kami mencari stok bawang. hehehe tapi penat jugak la berdiri atas stand sebab jauh.dlm 45min mcm tu la.

Sesampai je kat kilang bawang tu, Abg Pit pun terus pi ckp ngn org kat blakang kilang. pastu org tu bawak kami ke blakang dan bg berguni2 bawang kat kami. Cik Wanie pun hepy la, dpt bawang banyak dapat la untung byk. lalalala Abg Pit tengok ja muka Cik Wanie yg tersengeh-sengeh tu.

Dah dapat bawang, jadi nak blk la. tapi mcm mana nak bawak seguni bawang tu? Cik Wanie pun pening kejap.

'abg, nak bawak bawang macam mana?tempat carry tak dak. besikal kita tak dak raga'

'takpa, abg kayuh besikal dulu.adik tanggung bawang. kita tukaq2 la'

Cik Wanie pun mengikut arahan Abg Pit. Penatnya tanggung guni bawang sepuloh kilo!! uwaaaaa, nak benti keja la.

Tak sampai separuh jalan pun, Cik Wanie mengeluh.

'abg, adik penat la tanggung guni bawang ni. abg ganti pulak la'

pastu Abg Pit pun jalan kaki dan tanggung guni beras, Cik Wanie kayuh besikal BMX dgn senang ati. hahahah terukknya Cik Wanie time tu!

Destinasi kami adalah ke kedai Mak Lang iaitu kedai mak sedara yg terletak tak jauh dari flat kami tinggal. bila dah sampai, kami pun mula membersihkan bawang2 tersebut. alahai...ni yang sedih ni. Cik Wanie bercucuran air mata. hahaha bukan sebab apa. Cik Wanie ni memang sensitip la kalau bab kupas2 bawang ni. (sampai ke ari ni ok! )

Nak dekat 2 jam kami abeskan kupas dan cuci bawang2 tu. Cik Wanie ingat terus nak jual tapi sebaliknya kena cuci dan timbang dulu. punyala susah nak dpt duit....mak, abah..tolong! (padahal mak abah kami tak tahu pun pasal projek bisnes kami ni, buat senyap2 je)

Pinjam timbang kati Mak Lang, plastik pun blasah yg kedai punya, hahahha punya nak sep kos :p jadi bermula la proses menimbang.(adehhhh...bila nak dpt duit ni? byknya keja nak kena buat) dan seterusnya part delivery. hahhhh, Cik Wanie paling suka bab ni sebab dpt collect duit. yahooo! :)

10kilo bawang dpt la RM10, lalu dibahagi 2org dpt la RM5 sorang (byk wooo time tu) hehehhe dpt gaji. tapi kejap je dah abes gaij Cik Wanie tu, beli makanan. hahahha duit gaji Abg Pit, dia simpan dlm tabung. Pandai kan dia?? hehehe

Itu la cerita budak2 Cik Wanie dulu...sampai skang pun kami masih rapat :) okey la. sampai di sini dulu entry Cik Wanie ari ni. yg mana baik amik buat contoh, yg kurang2 baik tu jangan la dibuat selalu ye! Next entry nak tulis apa ye? nnt Cik Wanie fikir2kan dulu :)

Friday, October 1, 2010

Merentas Hujan Menaiki Koboi Merah

Jumpa lagi?? hehehe jangan boring baca entry Cik Wanie. maklum la Cik Wanie skng tengah addict nak menaip. jadi baca la dgn seikhlas hati anda.

Selepas mandi tadi Cik Wanie hampir berdangdut mengikut rentak perot ni. hehehe jangan salah paham. bukan Cik Wanie nak bukak pusat dangdut baru tapi Cik Wanie kelaparan. Tekak rasa nak makan char kotiaw tok wi. idaman hatiku selalu..lalalala jadi Cik Wanie pun swittt2 kat housemate yg diberi nama Cik Xie.

'org lapaq la, jom p mkn kat tok wi'

'skang ka? sat nak siap'

nk dekat setengah jam jugak la tunggu Cik Xie bersiap, hahhaha sambil2 tu Cik Wanie bercinta kat tepon sat dgn Syg Cik Wani. Punya la excitednya syg Cik Wanie ni baca blog Cik Wanie yg baru berusia 3 jam.hahaha dia la yg jadi first reader a.k.a perasmi blog Cik Wanie. cewahhhh2...tiba-tiba terjatuh dlm mud cinta pulak. (blushinggggggg)

okeh..Cik Wanie dan Cik Xie pun bersiap sedia diatas koboi merah Cik Wanie ni..(bukan plat nombor sebenar)hahaha


sebaik saja Cik Wanie stat enjin moto, angin terus memukul-mukul pipi dan segala2nya anggota badan milik Cik Wanie dan Cik Xie. dlm ati cakap.

'isk..nak ujan ke?perot ni bertukar rentak lagu eminem pulak dah'

tapi perjalanan tetap diteruskan. dlm agak2 6minit memacu moto, anak-anak ujan telah berani menampar2 pipi Cik Wanie dgn kasar sekali. alamak ujan semakin lebat. Cik Wani stop kejap kat tepi kedai dan tanya housemate.

'apa macam ni Cik Xie?'

'ujan la. kita pi makan dekat2 dah la'

kami pun mengusha-usha kedai yg available disekitar kawasan. nasik ayam pedas menjadi pilihan kata sepakat tetapi alangkah keciwanya ati kami apabila kedai tersebot tutop. (agaknya tokey dah dah cukup kaya la kan sebab tiap2 jumaat mlm sabtu beliau akan tutop kedai) padahal muka Cik Wanie dah  mcm kuali nak terbalik sebab lapar. iskk..tak boleh jadik!

Cik Wanie dah Cik Xie behenti kejap kat umah 'ehem2' Cik Xie.katanya nak amik gambar...tapi sebenarnya nak deting tu..Cik Wanie bagi green lite siap tolong cover line lagi! hahahahaha sorry Cik Xie n Pak Lopai :p

hampir 15min kami berteduh didepan umah Pak Lopai yg agak tidak cantik, kami pun nak bergerak balik umah tapi apa yg Cik Wanie heran sgt, banyak pulak anak katak yg nak kawan ngn Cik Wanie kan??menciiiii......huarghhhh!! pastu kenyang jugak la Cik Wanie telan kekatu yg terbang2 kat lampu umah Pak Lopai tu. nama ja bachelor in finance tapi hobby utama beliau adalah menternak serangga dan anak katak. wahahahahahha

kata sepakat dicapai sekali lagi, nasik goreang udang simpang menjadi arah tujuan. perot Cik Wanie bunyi mcm mesin basoh baju yg rosakk!!! sesampai ja, terus order.

'kak, nasik goreng udang 2bungkus'

'ok dik'

'kak, biasa nsik goreng RM3.50 kan? kak buat RM4 ok'

ni dia nasik goreng udang RM4..(sekadar gambar hiasan, tapi nasik kami lagi banyak)


hahahahaha Cik Wanie dan Cik Xie nak balas dendam sebab 2 destinasi yg hendak dituju tidak kesampaian.
yang best kan, dah kenyang makan dgn otometiknya ujan terus behenti. haihhhh...tak terucap la perasaan ketika ini. hanya terima takdir yg maha Esa dgn redha :)

Lagenda Budak Skema??

Kenapa Cik Wanie letak nama 'Lagenda Budak Skema'??? sebab cik Wanie ni skema orgnya?? owhh tidak2..sebab Cik Wanie minat sgt ke dengan Lagenda Budak Setan? hehehe minat la..Cik Wanie ada novel tu. simpan lagi sampai skng walaupun agak tidak cantik mcm mula2 beli dulu. ok2..Cik Wanie letak nama blog seperti di atas sebabb Cik Wanie suka dengan perkataan skema hehehe sebab skema tu mengingatkan Cik Wani kepada seseorang. (buat masa ni dirahsiakan identiti beliau) :p

Cik Wanie ni skema tak? sebenarnya tak skema langsung tapi dlm hal tertentu shj Cik Wanie amat skema. hehehe kalau asyik happy go lucky je tiap masa, sampai bila idup kita nak maju? ayat berbau mcm ucapan pemimpin. hohoho tapi mcm tu la kan..kena ikot masa dan tempat dan sesuaikan denagn peribadi anda..cewahhh ayat Cik Wanie...hahahahhaha (senyum kembang kempis idung)

hari ni dah 2 entry Cik Wanie post. wahhh..maju gak kan Cik Wanie ni dlm bidang penulisan blog?? agaknya sampai bila Cik Wanie dapat memaintainkan prestasi sebegini? belum tentu lagi tau...sebab Cik Wanie ada komitmen lain yg harus diutamakan lagi :) blog ni sekadar mengisi masa yg terluang.

baiklah wahai pembaca sekalian (aku baru je buat blog tak sampai 2jam tapi bajet follower ramai sgt la kan...cehhh!) Cik Wanie harus pergi ke suatu tempat untuk membersihkan badan (sebab aku tak mandi lagi, hehehehe) kalau Cik Wanie rajin, kita jumpa lagi dlm entry berikutnya! bye!

Penulisan Pertama :)

Hye encik2 and cik2 blogger sekalian.

Cik Wanie baru shj selesai mengemaskini blog. terasa dengan tiba2 je nak ada blog sendiri..hehe entahala, mungkin mud menulis kian mengusik jiwa..cewahh2. sebenarnya Cik Wanie memang dah lama minat bab2 menulis ni tapi cuma Cik Wanie jarang mempunyai masa untuk menyumbangkan idea2 secara formal. ayat..kelas gitu!! hehehe Cik Wanie cuma nak try post je entry yg pertama ni. pastu iklan kat facebook kan, konon2 nak carik publisiti la kan. hahahah agak ketara kepoyoan diriku! :p

Sebelum2 ni baca blog org lain je then kutuk2 la apa yg patut (mcm biasa, hahaha) tapi bila dah ada blog sendiri ni, terketar2 jari nak menaip. bukan sejok atau sakit jari kena pisau tapi cuak nak tunggu respon pembaca2 sekalian..gerrrrr!! (emosi: agak kurang semangat nak post entry)

okay la. setakat ni dulu entry Cik Wanie. hehehe berdebar nak tunggu respon korang2! Siapkan telinga aku utk kena bahan!