Friday, October 1, 2010

Merentas Hujan Menaiki Koboi Merah

Jumpa lagi?? hehehe jangan boring baca entry Cik Wanie. maklum la Cik Wanie skng tengah addict nak menaip. jadi baca la dgn seikhlas hati anda.

Selepas mandi tadi Cik Wanie hampir berdangdut mengikut rentak perot ni. hehehe jangan salah paham. bukan Cik Wanie nak bukak pusat dangdut baru tapi Cik Wanie kelaparan. Tekak rasa nak makan char kotiaw tok wi. idaman hatiku selalu..lalalala jadi Cik Wanie pun swittt2 kat housemate yg diberi nama Cik Xie.

'org lapaq la, jom p mkn kat tok wi'

'skang ka? sat nak siap'

nk dekat setengah jam jugak la tunggu Cik Xie bersiap, hahhaha sambil2 tu Cik Wanie bercinta kat tepon sat dgn Syg Cik Wani. Punya la excitednya syg Cik Wanie ni baca blog Cik Wanie yg baru berusia 3 jam.hahaha dia la yg jadi first reader a.k.a perasmi blog Cik Wanie. cewahhhh2...tiba-tiba terjatuh dlm mud cinta pulak. (blushinggggggg)

okeh..Cik Wanie dan Cik Xie pun bersiap sedia diatas koboi merah Cik Wanie ni..(bukan plat nombor sebenar)hahaha


sebaik saja Cik Wanie stat enjin moto, angin terus memukul-mukul pipi dan segala2nya anggota badan milik Cik Wanie dan Cik Xie. dlm ati cakap.

'isk..nak ujan ke?perot ni bertukar rentak lagu eminem pulak dah'

tapi perjalanan tetap diteruskan. dlm agak2 6minit memacu moto, anak-anak ujan telah berani menampar2 pipi Cik Wanie dgn kasar sekali. alamak ujan semakin lebat. Cik Wani stop kejap kat tepi kedai dan tanya housemate.

'apa macam ni Cik Xie?'

'ujan la. kita pi makan dekat2 dah la'

kami pun mengusha-usha kedai yg available disekitar kawasan. nasik ayam pedas menjadi pilihan kata sepakat tetapi alangkah keciwanya ati kami apabila kedai tersebot tutop. (agaknya tokey dah dah cukup kaya la kan sebab tiap2 jumaat mlm sabtu beliau akan tutop kedai) padahal muka Cik Wanie dah  mcm kuali nak terbalik sebab lapar. iskk..tak boleh jadik!

Cik Wanie dah Cik Xie behenti kejap kat umah 'ehem2' Cik Xie.katanya nak amik gambar...tapi sebenarnya nak deting tu..Cik Wanie bagi green lite siap tolong cover line lagi! hahahahaha sorry Cik Xie n Pak Lopai :p

hampir 15min kami berteduh didepan umah Pak Lopai yg agak tidak cantik, kami pun nak bergerak balik umah tapi apa yg Cik Wanie heran sgt, banyak pulak anak katak yg nak kawan ngn Cik Wanie kan??menciiiii......huarghhhh!! pastu kenyang jugak la Cik Wanie telan kekatu yg terbang2 kat lampu umah Pak Lopai tu. nama ja bachelor in finance tapi hobby utama beliau adalah menternak serangga dan anak katak. wahahahahahha

kata sepakat dicapai sekali lagi, nasik goreang udang simpang menjadi arah tujuan. perot Cik Wanie bunyi mcm mesin basoh baju yg rosakk!!! sesampai ja, terus order.

'kak, nasik goreng udang 2bungkus'

'ok dik'

'kak, biasa nsik goreng RM3.50 kan? kak buat RM4 ok'

ni dia nasik goreng udang RM4..(sekadar gambar hiasan, tapi nasik kami lagi banyak)


hahahahaha Cik Wanie dan Cik Xie nak balas dendam sebab 2 destinasi yg hendak dituju tidak kesampaian.
yang best kan, dah kenyang makan dgn otometiknya ujan terus behenti. haihhhh...tak terucap la perasaan ketika ini. hanya terima takdir yg maha Esa dgn redha :)

3 comments: